Monday, February 23, 2015

Kerana Sambal, Suami Penggal Kepala Isteri

Gara-gara dimarahi kerana menghabiskan sambal, Hendi sanggup bertindak
Gara-gara dimarahi kerana menghabiskan sambal, Hendi sanggup bertindak kejam memenggal kepala isterinya, Riska dalam pergaduhan di Jambi, baru-baru ini.

SAROLANGUN, Jambi – Hanya kerana sambal, seorang suami sanggup bertindak kejam memenggal kepala isterinya sehingga putus dalam kejadian tragis di Desa Taman Bandung dekat daerah Paud, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pauh, AKP Darmawan berkata, pembunuhan sadis itu berlaku di kebun milik pasangan suami isteri terbabit, Hendi, 35, dan Riska, 37, ketika waktu makan tengah hari.

Jelas Darmawan, pada awalnya mangsa dan suspek bertengkar selepas makan bersama, tetapi tindakan Riska memarahi suaminya kerana menghabiskan sambal, membuatkan Hendi berang sehingga bertindak melibas parang ke leher mangsa sehingga luka.

“Tidak cukup setakat itu, Hendi terus mengayunkan parang sebanyak dua kali lagi ke bahagian leher isterinya sehingga putus.

“Apabila selesai, Hendi ­meninggalkan lokasi kejadian dengan membawa kepala Riska dan me­ninggalkan tubuh mangsa,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Tribunjogja.

Polis kemudiannya dimaklumkan tentang hal tersebut oleh orang ramai dan bertindak menahan Hendra untuk tindakan lanjut.

Sumber : utusan malaysia

No comments:

Post a Comment