Thursday, August 28, 2014

Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia?

Ini mungkin bukan artikel biasa yang kami keluarkan namun tulisan ringkas Adlan Harith & Amran Zulkifli menerusi akaun Facebook The Patriots baru baru ini menarik perhatian kami untuk ulang siar buat tatapan anda. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Saya Google untuk melihat-lihat senarai filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini di sinema kita.












1. ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) – Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana.

2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) – Filem komedi seram mengisahkan seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya.

3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin.

4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) – Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake.

5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 – KASYAH (11 September) – Drama, kisah cinta dan penutup trilogi filem Lagenda Budak Setan.

6. NASI TANGAS (18 September) – Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang.

7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) – Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf.

Sementara itu: Saya Google lagi untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian.












1. HIJRAH CINTA – Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, & pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.

2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) – Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail. Khusus untuk tayangan hari kemerdekaan.

3. NEGERI TANPA TELINGA – Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar biru dan skandal seks.

4. HAJI BACKPACKER – Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda dalam mencari makna diri, makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya ‘Idiladha.

Apabila kita bercerita tentang patriotisme dan membina semangat jati diri melalui filem. Pada hari mengenang kemerdekaan. Mungkin tayangan ulangan Sarjan Hassan atau Bukit Kepong atau Leftenan Adnan di TV sudah memadai barangkali?

U Wei pernah cakap kalau hendak buat filem bijak, dia perlu audiens yang bijak. Tapi orang Malaysia yang katanya lebih superior daripada Indonesia, filem-filem di bulan kemerdekaan mencerminkan sebaliknya. Industri perfileman Indonesia sememangnya hebat dengan filem filem sarat dengan mesej.

Di Malaysia, kita angkat mat rempit, hantu, lawak bodoh, gengster sebagai modal. Maka, demand creates supply atau…... Sumber : http://www.rotikaya.com

No comments:

Post a Comment