Friday, August 29, 2014

Benarkah Suami Memerlukan Anda?

Mengikut kajian, para suami sebenarnya lebih memerlukan seorang isteri daripada seorang isteri memerlukan suaminya. Ini adalah fakta dalam kehidupan yang diketahui sejak dahulu lagi. Memang ketara apabila melihatkan kebanyakan masa suami akan kelihatan tidak berupaya tanpa pasangannya.

Ini biasanya memberi motivasi kepada pihak isteri betapa suami memerlukan isterinya dalam meneruskan kehidupan. Mereka mungkin tidak boleh hidup dengan rasa selesa tanpa kehadiran anda di sisi.

1- Dia tidak tahu bagaimana untuk membasuh
Biarpun dengan kelengkapan mesin untuk membasuh, ada sesetengah lelaki tidak tahu bagaimana untuk membasuh baju, menyidai dan melipatnya kerana mereka tahu perkara itu semua sudah berada dalam almari pakaiannya. Dia akan bertanya kepada anda sekiranya tidak terjumpa baju atau di manakah baju itu diletakkan sekiranya tidak berada di tempat sepatutnya. Ini menunjukkan dia memang memerlukan anda dalam kehidupannya sehinggakan ke perkara-perkara remeh pun dia terpaksa memerlukan perkhidmatan anda.

2- Dia tidak boleh tidur sehingga anda juga masuk tidur bersamanya
Ini pastinya, kebanyakan lelaki biar macam mana pun machonya dia di hadapan rakan-rakannya tidak akan dapat tidur sehingga pasangannya berbaring di sebelahnya. Ada yang mungkin buat-buat tidur menantikan pasangannya yang melakukan kerja-kerja dapur namun lelaki hanya akan tidur lena apabila isterinya telah berada di sebelahnya.

3- Dia tidak tahu hendak buat majlis
Ada sesetengah lelaki tidak akan dapat berfikir bagaimana untuk melakukan majlis sambutan biarpun untuk sambutan hari jadi anaknya melainkan jika dibantu oleh rakan-rakannya. Namun anda, sebagai isteri tanpa bantuan rakan-rakan pun sudah berupaya untuk memikirkan bentuk majlis yang bakal diadakan.
4- Dia memanjakan anda dengan pelukannya
Semua orang tahu lelaki memang dahagakan seks. Namun ada lelaki yang menghargai kasih sayang anda tanpa memasukkan kemahuan seks di dalamnya dengan memanjakan anda dengan pelukan dan ciumannya tatkala anda berduaan dengannya atau memegang tangan anda ketika berjalan, itu menandakan dia tidak akan dapat meneruskan kehidupannya sekiranya tiada anda sebagai isteri di sebelahnya. Kerana mereka percaya rasa selesa dengan cinta dan kasih sayang.

5- Dia tidak dapat mencari barang
Suami tidak dapat mencari barangan yang dia selalu letak sekiranya diletakkan di tempat lain. Tetapi pihak isteri pasti adakan dapat mencarinya biarpun telah tersembunyi untuk beberapa lama di dalam rumah itu.

6- Dia menyatakannya kepada anda
Dia menyatakan kepada anda kehidupannya akan tidak sama sekiranya anda tidak berada di sisinya kerana anda memudahkan kehidupannya. Inilah pentingnya hubungan yang bererti antara suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain.

Sumber : utusan malaysia

No comments:

Post a Comment