nuffnang

Wednesday, August 29, 2012

Suara Seksi Ini Tingkatkan Ghairah Lelaki

WANITA seringkali melakukan orgasme palsu melalui suara manipulatif demi menyenangkan pasangannya. Konon, suara ini boleh membangkitkan ghairah lelaki walaupun wanita tidak mencapai orgasme yang diingini.

Dengan suara yang dilontarkan wanita pada saat berhubungan seksual menyebabkan ghairah pada lelaki menjadi bangkit. Namun, ada beberapa suara seksi yang alami dan tidak dipalsukan. Suara sensual ini dapat menyalakan api di dalam hubungan percintaan anda.

Berikut ini beberapa suara seksi dimana lelaki senang mendengarnya selama hubungan seks. Suara ini tidak boleh dipalsukan dan mereka keluar ketika wanita menikmati keghairahan yang diberikan oleh pasangannya....

Oh abanggg...
Ini adalah salah satu suara paling seksi bagi lelaki yang senang mendengar dari wanita selama hubungan seks. Ini boleh digunakan dalam cara yang berbeza dengan makna pelbagai hal. Sebagai contoh, lontarkan suara ini ketika ia memasuki anda kerana pasangan akan menganggap anda merasa bahagia pada sesi itu. Katakan dengan perlahan maka akan membangkitkan ghairah pasangan.

Yeahhhh...
Gunakan nada sensual anda untuk mengeluarkan suara seksi ini. Lelaki senang mendengar desahan seksi dan mengghairahkan mereka untuk meneruskan tindakan selanjutnya yang lebih lama.

Ouchh...
Suara seksi ini keluar sebahagian besar ketika anda mendapatkan sedikit terluka disaat yang sama sambil menikmati kesenangan. Rasa sakit sementara ini berlangsung selama beberapa saat atau minit. Lelaki senang mendengar suara sensual ini selama hubungan seks terutama ketika ia menggigit. Anda tidak boleh memalsukan suara ini.

Aaahh...
Ini merupakan suara feminin yang keluar dari wanita di mana lelaki senang mendengarnya selama hubungan seks. Suara ini sangat simbolik untuk seks. Suara keluar selama hubungan seksual ketika rasa sakit dan keghairahan mengalir bersama-sama.

Aaahh....ouchh....
Suara seksi ini keluar ketika anda mencapai klimaks juga ketika anda sedang di puncak kegembiraannya. Seorang lelaki bersemangat untuk mendengar suara ini dan ia akan meningkatkan langkahnya. Jika anda terus mengeluarkan suara sensual ini, anda juga akan menikmati kenikmatan intim yang hebat bersama dengan pasangan.
   
Anonymous

Tuesday, August 28, 2012

Mengusir Bumiputera Ke Kampung?

Bagi orang biasa, mereka hanya mahu mencari sebuah rumah untuk membesarkan keluarga dan berteduh tanpa memikirkan permainan hartanah yang menjadikan ramai individu kaya-raya.

Permainan jual beli hartanah adalah satu dunia yang memang jauh daripada kemampuan diri, apatah lagi bagi golongan seperti kami yang hanya mampu membeli rumah kos rendah sahaja.

Namun, kebelakangan ini saya dan rakan-rakan yang sama taraf melihat dunia permainan hartanah semakin keji dan kotor apabila pemaju galak membina rumah mahal sementara orang kaya membeli rumah kos rendah dan sederhana sebagai 'pelaburan'.

Berita yang menyatakan Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA) yang mahu melupuskan kuota bumiputera yang tidak dapat dijual juga umpama menghina kebijaksanaan orang biasa.

Kami tidak kaya tetapi kami juga tidak bodoh. Bagaimana mahu dijual jika asyik membina rumah mewah yang harganya tidak kurang daripada RM400,000 dan mencecah RM10 juta sebuah?

Adakah mereka ini ingin mempermainkan orang Melayu dengan membeli tanah-tanah dan membina rumah yang sememangnya tidak mampu dimiliki kami walaupun dalam tiga keturunan?

Jelas lagi nyata ini semua taktik untuk menghalau bumiputera kembali ke kampung dan pedalaman dan menumpukan kaum tertentu sahaja di kawasan bandar.

Sampai bila kerajaan mahu membiarkan ini berlaku tanpa menghadkan bilangan projek perumahan mewah di kawasan orang Melayu?

Seperti mana dapat dilihat kereta-kereta mewah di jalan raya majoritinya dipandu kaum bukan Melayu. Kini sudah jelas wujud penempatan-penempatan mewah yang didiami bukan Melayu bersama orang asing yang membeli rumah di sini.

Di samping itu, kediaman sederhana dan kos rendah pula 'diserang' golongan berduit yang mahu berkecimpung dalam permainan hartanah. Walaupun kononnya sebagai pelaburan, tindakan mereka yang membeli murah dan menjual mahal telah menyebabkan harga rumah melonjak dengan mendadak dalam tempoh 10 hingga 15 tahun sebelum ini.

Ramai yang menjadi jutawan segera melalui aktiviti ini walaupun kerajaan telah mengenakan caj jika menjual semula rumah yang baru beberapa bulan dibeli.

Bayangkan untung bersih menjual rumah kos sederhana atau rendah boleh mencecah RM100,000 sebuah sementara caj yang dikenakan hanya beberapa ribu ringgit sahaja.

Mereka ini umpama penyangak mata wang tetapi memainkan harga hartanah terutamanya harga kediaman.

Akhirnya, kami yang mencari rumah untuk didiami menjadi pemilik keempat atau kelima yang terpaksa membayar sehingga lima kali ganda harga sebenar rumah tersebut.

Saya tahu orang yang bergiat dalam permainan hartanah mahupun warga REHDA sendiri akan mempertahankan tindakan mereka sebagai satu proses perniagaan biasa mahupun menyalahkan kenaikan kos barang binaan.

Namun, kami rakyat jelata tidak reda dengan cara 'penyamun tarbus' ini dan tidak menghalalkan satu sen pun yang tergadai untuk mereka ini menjadi kaya dengan mudah.

Saya harap kerajaan kembangkan lagi fungsi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membeli tanah-tanah dan membina rumah mampu milik untuk didiami sahaja.

Hentikan gerakan membina rumah mewah yang tidak kena tempat dan masanya serta halang aktiviti jual-beli rumah semata-mata demi keuntungan.

Berilah peluang kepada anak-anak muda yang masih menyewa untuk membeli rumah pertama mereka berbanding lanun-lanun kaya yang hanya mahu menjadi lebih kaya.

BUMBUNG MERAH
Pinggiran B. Caves, Selangor

Orang Melayu Membenci Seni Budayanya?

Pada 1994, saya menonton persembahan kebudayaan berjudul Navarasa yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan budaya Tamil di Petaling Jaya, Selangor. Persembahan itu menampilkan artis-artis terkenal (menurut promosinya) seperti TMS Guna, Suguna dan trio penari, Bavani, Sharmini dan Malini dari sebuah persatuan seni. Itu bukanlah pertama kali saya menyaksikan persembahan seni kaum Tamil, sebenarnya disiplin teater saya menghendaki saya menonton semua jenis persembahan pentas dalam pelbagai genre dan bahasa.

Beberapa bulan lalu saya diajak menonton sebuah persembahan kesenian Tamil, juga di Petaling Jaya. Kali ini tiada nama-nama besar yang terbabit. Pelakon malam itu membawa gelagat hero filem Kollywood seperti MGR, Sivaji Ganesan, Rajnikanth, Vijay, Ajit Kumar, Kamal Hassan dan Arjun. Oleh sebab Sivaji The Boss yang dilakonkan oleh Rajnikanth (2007) masih hangat dalam ingatan, maka banyak sketsa malam itu berkisar di sekitar filem tersebut.

Sivaji The Boss bukan sahaja filem Tamil paling mahal dalam sejarah (kos pembikinan dikatakan RM67.9 juta) tetapi di antara filem paling laris. Walaupun Rajnikanth berusia 58 tahun ketika itu, tarikan box-office beliau tidak pernah pudar.

Saya mengikuti perkembangan Opera Cina atau pekji sejak saya di kampung lagi. Beberapa waktu kebelakangan ini saya melihat bagaimana National Arts Council Singapura menghidupkan semula tradisi wayang itu di sekolah. Seperti juga Bangsawan, Opera Cina yang saya kenal di kampung menggunakan setting yang mewah dan lakonan yang stylised. Seperti Bangsawan, Opera Cina hilang tarikannya. Bezanya Opera Cina ada kaitan dengan ritual agama dan masih dipertunjukkan pada waktu tertentu. Bangsawan nampaknya sudah hampir pupus, sekalipun usaha gigih Rahman B tidak membuahkan banyak hasil.

Kita harus ingat bukan sahaja Opera Cina melalui proses transformasi dalam masyarakat Cina tetapi ratusan persatuan seni budayanya menghidupkan tarian naga, gendang dan seni mempertahankan diri. Penaja pertunjukan Tamil tidak perlu menyeret artis terkenal ke dewan kecil dan pinggir. Mereka datang berbondong-bondong menyokong persembahan kesenian bangsa mereka. Persatuan seni budaya Cina hidup atas sokongan kaum Cina, tanpa bantuan kerajaan.

Saya bertanya diri saya apakah orang Melayu di Malaysia akan berbuat hal yang sama seperti kaum India dan Cina? Apakah mereka mempertahankan seni budaya mereka dengan penuh bangga? Apakah wujud sedemikian banyak persatuan seni budaya seperti yang berlaku dalam masyarakat orang India dan Cina di negara ini?

Tradisi kesenian orang Melayu adalah sebahagian cerminan nilai, minda dan pandang dunia (worldview) mereka. Seperti juga karya sastera, seni teater adalah hasil akal budi (istilah Profesor Diraja Ungku Aziz) orang Melayu. Sejak berzaman seni budaya bersemarak dalam masyarakat Melayu. Ada di antaranya didukung oleh sistem naungan istana dan berkembang sebagai warisan yang dibajai dengan baik. Ada juga yang berkembang secara pinggiran, dalam masyarakat bawahan, di luar dari kerangka kebangsawanan.

Dari manapun dukungannya, seni budaya orang Melayu mencorakkan kaum itu. Daripada menora hingga makyung, daripada wayang kulit hingga ketoprak, daripada gamelan hingga cempulingan, semuanya menjadi sebahagian ciri kemelayuan. Teater bangsawan dan sandiwara berkembang dan kemudian pudar. Hari ini sinema Melayu menjadi teras utama kandungan kreatif negara. Stesen TV melahirkan ribuan drama dan komedi sebagai pemindahan dari tradisi pentas ke skrin TV.

Malangnya, di sebalik kejayaan musika di Istana Budaya, pengaruh dan ikutan drama di TV dan kejayaan filem Melayu, seni budaya berteras teater dan lapangan nampaknya semakin menghilang. Saya mulai percaya bahawa orang Melayu membenci seni budayanya sendiri.

Bagi sesetengah kaum, seni budaya itu eksklusif dan terhormat. Bagi kebanyakan orang Melayu agaknya, seni budaya tidak lebih hiburan dan bahan berseronok. Tradisi pemikiran, kreativiti, inovasi dan keunikannya sering dilupakan. Pendeta Zaba, tokoh pemikir Melayu yang hebat sendiri pun mengkritik keras tradisi bangsawan. Dalam beberapa buah tulisan beliau wayang Melayu atau bangsawan dikatakan mempunyai jalan cerita kerap kali bodoh-bodoh dan tak banyak teladan dan pengajaran di dalamnya. Tapi beliau mengagumi karya William Shakespeare yang menjadi antara lain sumber wayang Melayu itu.

Agaknya ini krisis bangsa yang cuba melonjak dirinya untuk menjadi maju dan berjaya. Apa sahaja yang dianggap budaya leluhur dan tradisional ditolak ke tepi. Mungkin juga dalam banyak hal tafsiran agama menyempitkan ruang untuk seniman bergerak dan berkreatif.

Saya percaya dalam kita merayakan Syawal yang mulia ini, elok juga kita melihat secara jujur sikap dan pendirian kita terhadap seni budaya sendiri. Mungkin benar kata orang, orang India dan Cina menggunakan seni budaya secara berkesan sebagai teras perpaduan dan penonjolan identiti, orang Melayu mengesampingkan hasil terbaik senimannya kerana didorong oleh tarikan kebendaan melulu. Itupun tidak dicapai sepenuhnya oleh mereka.

Oleh : Johan Jaaffar

Monday, August 27, 2012

Cinta Saja Tidak Cukup!

Bercinta bertahun-tahun tidak akan menjamin bahawa dia adalah lelaki yang tepat untuk anda. Ada pasangan yang hanya memerlukan masa 6 bulan untuk melanjutkan ke jinjang perkahwinan, tetapi ada juga yang perlu waktu bertahun-tahun sampai ke perkahwinan. Itu pun ada juga yang akhirnya berpisah. Lalu, bagaimana cara mengetahui bahawa ia memang lelaki yang tepat?

1. Teman-teman setuju
Bukan hanya anda yang yakin bahawa dia orang yang tepat, tetapi juga teman-teman anda. Namun, kalau hanya anda yang merasakan hal itu, dan teman-teman anda tidak bersetuju, bererti ada yang salah. Kadang-kadang cinta boleh membutakan logik dan perasaan anda; orang-orang di sekitar Andalah yang boleh berfikiran normal.

2. Kumpul dengan keluarga
Perkenalkan pasangan dengan keluarga anda dan lihat apakah ia boleh dengan mudah bergabung dengan ibu bapa dan saudara-saudara anda. Memang tak semua orang boleh langsung akrab dengan orang yang baru dikenali. Namun, amati juga apakah ia cenderung menghindar.

3. Ia mendengar
Hidup adalah dua kesatuan yang harmonis. Ada kalanya anda mendengar atau dia yang mendengar. Namun jika anda hanya berfungsi sebagai pendengar, maka komunikasi tidak akan berlangsung dua arah. Ingatlah bahawa komunikasi adalah asas dari hubungan anda.

4. Punya tujuan yang sama
Anda ingin berkahwin dan ia hanya ingin bersenang-senang? Sampai bila-bila masa anda berdua tidak akan seiring sejalan. Satukan tujuan ke depan, akan dibawa ke mana hubungan itu? Apakah hanya sebatas bersenang-senang atau berlanjut ke arah yang lebih serius?

5. Ia boleh jadi teman dan sahabat
Ini keuntungan lain saat anda punya pasangan yang boleh dipercayai sebagai teman dan sahabat. Asas ini lebih kukuh berbanding hanya menjadikan ia sebagai pencinta.

6. Percaya
Anda percaya kepadanya. Tanpa kepercayaan, suatu hubungan tidak akan pernah langgeng sebab anda akan saling curiga dan mengekang satu sama lain.

7. Merasa Istimewa
Anda masih merasakan hal yang sama seperti saat pertama berjumpa dengannya, seperti perhatiannya yang tak berkurang atau kesetiaannya yang tetap teruji. Hal ini merupakan petanda kalau anda adalah orang yang istimewa baginya.

8. Membicarakan masa depan
Apabila anda mencari Mr Right, maka anda juga harus mengatur peranan hal yang sama bahawa ia mencari Mrs Right. Ertinya, ia juga mempunyai beberapa komitmen untuk menjalani kehidupan yang saling menyokong bersama anda, pasangannya.

9. Merasa dilindungi
Melindungi bukan hanya secara fizikal, tetapi juga secara kewangan. Jika ia tidak boleh menyara dirinya sendiri bagaimana nanti ia boleh menyara anda dan anak-anak? Cinta saja tidak cukup. Anda harus mampu bersikap realistik!

10. Jadi apa adanya
Jadilah diri anda apa adanya agar ia juga mencintai diri anda sepenuhnya, lengkap dengan segala kekurangan anda. Jika ia tidak mencintai anda apa adanya, maka tiada alasan anda untuk terus bersamanya kerana unsur "pada saat susah dan senang" tidak anda miliki.

Anonymous

Sunday, August 26, 2012

Ketika Hang Tuah Bertempur Di Pulau Sialu

DI kalangan sepuluh anggota ASEAN, Thailand adalah satu-satunya negara yang tidak dijajah oleh kuasa Barat.

Myanmar, Malaysia, Singapura dan Brunei ialah bekas tanah jajahan Britain. Vietnam, Kemboja pernah dikuasai Perancis. Indonesia oleh Belanda, dan Filipina pula dijajah Amerika Syarikat.

Maka dari satu segi, Thailand yang ketika datangnya kuasa-kuasa Barat itu berjaya mengelak dirinya daripada dijajah.

Malah semasa Jepun datang untuk menakluki Asia Tenggara, Bangkok tetap mempertahankan kedaulatannya.

Ketika mana Jepun menguasai bekas-bekas tanah jajahan Britain, Perancis, Belanda dan Amerika Syarikat di seluruh Asia Tenggara, Thailand yang dahulunya dikenali sebagai Siam memperoleh wilayah tambahan iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Jepun memberikan negeri-negeri ini kepada Siam memandangkan Bangkok tidak memihak kepada kuasa-kuasa Barat, sebaliknya memberikan kerjasama kepada Tokyo untuk menjadikannya sebagai pangkalan bagi menyerang Burma (kini dikenali Myanmar) dan Tanah Melayu.

Bagi Siam, empat negeri-negeri Melayu itu adalah miliknya sebelum kedatangan Britain ke Asia Tenggara. Bunga emas yang dihantar oleh raja-raja Melayu ke Siam adalah tanda kekuasaannya ke atas negeri-negeri itu. Bagi orang Melayu, bunga emas itu hanyalah hadiah tahunan.

Tetapi bayangkanlah kalau pada hari ini, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu adalah sebahagian daripada Thailand, maka bilangan orang Melayu di negara itu tentu besar. Maknanya ada lapan wilayah Melayu di dalamnya termasuk Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla (Singgora).

Sememangnya sebelum kebangkitan Siam sebagai kuasa besar di Asia Tenggara, kerajaan Melayu yang besar di semenanjung ini ialah Kesultanan Pattani.

Tetapi kerajaan ini kalah dalam peperangan dengan Siam. Askar Siam memang dikenali sebagai lebih kuat dan ganas. Mereka bukan saja dapat mengalahkan Kesultanan Melayu Pattani tetapi juga menakluki kerajaan Khmer di Kemboja dan bertembung dengan orang Vietnam di sebelah timur, dan Burma di sebelah barat.

Bukan itu saja, Siam menganggap keseluruhan semenanjung termasuk Singapura (dahulu dikenali sebagai Temasik) adalah di bawah kedaulatannya.

Wilayah ini dalam bahasa Sanskrit dikenali sebagai Swarnabumi (atau Bumi Emas). Kini ia diabadikan pada nama Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok.

Di Temasik, Siam bertembung dengan Majapahit dan berjaya mengalahkannya.

Apabila putera Melayu asal kerajaan Sri Wijaya, Parameswara membunuh Gabenor Siam di Temasik dan menubuhkan kerajaannya di situ dengan restu Majapahit, Siam menghantar kapal untuk memeranginya.

Parameswara kemudian berpindah dan menubuhkan kerajaannya di Melaka, Siam pun menghantar kapal perangnya hendak memusnahkan kerajaan baru ini daripada bertapak di Swarnabumi.

Tentera Siam berkhemah di Minyak Beku, Batu Pahat. Pertempuran berlaku di Pulau Sialu di Muara Sungai Batu Pahat. Askar Melaka di bawah pimpinan Laksamana Hang Tuah berjaya mematah serangan Siam daripada sampai ke Melaka.

Tetapi keadaan ini adalah sementara. Siam lebih berazam untuk memusnahkan kerajaan Melaka. Tentera mereka lebih kuat dan mampu mengalahkan hulubalang-hulubalang Melayu.

Raja Melaka terpaksa fikir cara lain untuk menyelamatkan negara. Kelemahan dari segi ketenteraan perlu diganti dengan strategi geopolitik dan diplomasi.

Hanya Islam mampu menyelamatkan Melaka daripada Siam. India sudah pun dikuasai oleh Islam melalui kerajaan Moghul. China di bawah Dinasti Ming dipengaruhi kuat oleh pembesar-pembesar Islam. Antaranya ialah Laksamana Cheng Ho.

Maka raja dan rakyat Melaka memeluk Islam dan meminta perlindungan daripada China bagi mengelak penaklukan daripada Siam.

Strategi ini berjaya. Maka Siam kehilangan seluruh semenanjung ini kepada kerajaan Melayu.

Namun setelah zaman berlalu, kuasa Islam di China musnah dengan kejatuhan Dinasti Ming, dan kekuatan Melayu lemah dengan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis diikuti oleh Belanda, Siam bangkit menguasai kembali wilayah-wilayah Melayu di utara semenanjung.

Apabila Britain dan Perancis datang untuk menguasai Asia Tenggara, Siam terkepung. Di barat dan selatan ada Britain. Di timur ada Perancis.

Tetapi Siam terselamat daripada dijajah kerana kedudukan geopolitiknya. Ia dapat mengadu-dombakan Britain dan Perancis untuk menjadikannya negara penampan dan berkecuali.

Namun ia kehilangan juga wilayah-wilayah di Kemboja dan Laos yang dilepaskan kepada Perancis. Untuk menyelamatkan diri daripada dijajah, ia juga melepaskan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Britain melalui perjanjian Bangkok.

Di bawah Jepun, negeri-negeri ini diserahkan kembali kepada Siam sementara negeri-negeri Melayu yang lain digabungkan dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran.

Apabila Britain kembali, ia mengambil balik semua negeri-negeri Melayu dan bersama Melaka serta Pulau Pinang, ia menubuhkan Malayan Union. Kemudian gagasan ini digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Britain kemudian melepaskan Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957.

Thailand menjadi antara negara awal yang mengiktiraf Tanah Melayu.

Bangkok mengiktiraf bahawa Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan adalah dalam kedaulatan Kuala Lumpur. Sementara Kuala Lumpur mengiktiraf negeri-negeri Melayu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sebagai sebahagian daripada Thailand.

Sejak Malaya merdeka, Bangkok menjadi sahabat baik negara ini.

Mereka membantu usaha Kuala Lumpur melawan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mendapat dokongan China. Bangkok juga menjadi tuan rumah bagi rundingan menamatkan Konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia.

Untuk merapatkan kedua negara, Malaysia dan Thailand merintis sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) yang kini dikenali sebagai Sukan SEA.

Malaysia dan Thailand juga merintis penubuhan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang kemudian dibesarkan menjadi ASEAN.

Siam dan Melaka pernah berperang, tetapi persahabatan Thailand dan Malaysia menjadi asas kepada perdamaian di Asia Tenggara.

Oleh : Zin Mahmud

Thursday, August 16, 2012

Tradisi Balik Kampung Mungkin Berakhir

Jika bernostalgia mengenai lagu raya dan balik kampung menjelang Syawal, anak mungkin mempunyai persepsi lain. Apalah yang ada pada dendangan Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Ahmad Jais dan Sanisah Huri?

Apalah yang ada pada Syawal di desa selain makan ketupat, rendang, tengok sawah, ziarah kubur, duit raya dan jumpa nenek!

Mereka akan ketawa mendengar lagu raya era 60-an kerana iramanya dikatakan lawak dan mungkin aneh!

Mereka akan hairan memikirkan zaman orang tua yang sudah semakin sayup dan aneh kedengaran. Kanak-kanak sekarang sudah asing daripada persekitaran orang tua sendiri.

Mereka tidak tahu bagaimana memikat keciap di sawah atau membakar belalang dan ubi kayu ketika bendang semakin kontang. Ada yang terperanjat melihat etok direbus dan dikunyah pada petang Syawal.

Hidup sudah berubah dan zaman lalu tidak mungkin mengembalikan kesegalaannya.

Memang benar pengakuan Jane Healy menerusi Endangered Minds, bahawa kanak-kanak kini semakin kosong dan longlai. Mereka tidak kreatif dan kurang mesra alam. Semuanya berpunca daripada kehidupan moden di kota.

70 peratus kanak-kanak berada di kota dan kawasan urban. Mereka mangsa keadaan kerana segala bentuk permainan disediakan, bukan mencari sendiri seperti kita alami 30 tahun lampau. Mereka memadai dengan menekan alat kawalan jauh untuk memilih siaran paling menarik menerusi televisyen satelit.

Mereka dibesarkan dengan Ipad, Ipod dan telefon bimbit pintar. Permainan hanya di hujung jari, berbanding kita yang terpaksa ke sawah, pinggir bukit, menyelam di sungai dan tali air. Kita lasak mencari keseronokan zaman lampau, mereka bergasak menerusi permainan video digital!

Jangan ceritakan soal makan ubi bakar di kebun getah atau meratah sotong salai bersama rakan selepas sunat Tarawih, mereka akan ketawa kerana kehidupan kita yang dianggap membosankan.

Mereka menjadi mangsa keadaan, terperangkap dalam jeriji besi untuk tujuan keselamatan. Kanak-kanak kota sering ditetapkan waktu untuk belajar, bersukan, aktiviti kokurikulum, mahupun ke pusat beli-belah bersama keluarga.

Dunia mereka hanya di rumah dan sekolah. Mereka tidak mempunyai alam lain lagi. Mereka sejak bayi diasuh berada dalam kawalan bagi memastikan keselamatan kerana bandar besar seperti Kuala Lumpur selalu dikaitkan sebagai ganas, kejam, penuh jenayah dan terancam.

Golongan muda generasi Y dan Z menjadi pewaris Starbucks yang sentiasa melihat dunia dengan persaingan, bukan persamaan. Mereka ada hak eksklusif tersendiri untuk memiliki bilik tidur berasingan sesama adik beradik dan kurang mengerti dengan nasib yang dialami oleh jiran.

Mereka jauh berbeza generasi kita dulu yang mungkin lima jam berada di luar rumah semata-mata untuk mengaji al-Quran, memikat burung atau menjadi ahli dikir barat peringkat kampung yang tentunya memiliki perasaan kebersamaan erat.

Kita dulu menjadi milik masyarakat kampung dan jika pun melakukan kesalahan menghisap rokok di belakang kedai kopi, sesiapa saja berhak untuk mencubit atau menjentik telinga di khalayak ramai.

Keadaan kini sudah jauh berubah. Generasi pasca reformasi 1999 lebih akrab dengan digital, bersendirian ke dunia tanpa sempadan, melontarkan pandangan menerusi Facebook dan Twitter, sekali gus mereka sebahagian daripada empat juta pengundi baru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mereka mempunyai sikap tersendiri. Tidak terlalu nostalgik. Mereka menerima propaganda dengan fikiran penuh tanda tanya. Generasi baru yang mungkin kurang kreatif seperti disuarakan Jane Healy tapi mempunyai sinikal tersendiri. Mereka kurang mengenang budi dan tidak semestinya berita yang disogokkan, diterima sepenuhnya.

Apabila timbul isu balik kampung menjelang lebaran, mereka sering bertanya apakah ayah dan ibu akan terus balik kampung jika nenek dan datuk tiada lagi?

Kini, giliran kita pula untuk bertanya kepada diri sendiri; apakah kampung masih ada di hati kita menjelang 2020?  

Oleh : Imlan Adabi

Wednesday, August 15, 2012

Pintarkah Lelaki Anda Bercinta?

SETIAP wanita pasti menginginkan pasangan yang pintar dalam segala hal, bahkan ketika beraksi di atas ranjang. Keperibadian dan perilaku lelaki dalam kesehariannya atau cara lelaki melayan pasangannya, dapat menunjukkan kemahirannya bercinta.

Berikut ini ciri-ciri lelaki yang pintar dalam bercinta, dilihat dari perilaku sehariannya, seperti yang dipaparkan dibawah ini.....

Gentleman
Perhatikan perilaku, sikap, dari lelaki yang memiliki ciri-ciri ini. Banyak perempuan mendambakan lelaki yang disebutnya sosok gentleman. Bukan semata lelaki yang kerap membuka pintu untuk anda, namun juga lelaki yang tak segan menunjukkan kepeduliannya terhadap anda.

Lelaki jenis ini punya perhatian besar terhadap pasangan, dan selalu memikirkan keadaan anda. Ia selalu tahu cara tepat melayan anda. Termasuk memahami anda saat bercinta.

Peka
Lelaki ini tak segan memimpin tangan anda saat berjalan bersama, atau sekadar menyentuh lembut selepas makan malam, juga memberikan sentuhan mesra saat berduaan dengan anda. Perilaku seperti ini menunjukkan si dia tahu caranya juga waktu tepat untuk menunjukkan perhatian melalui sentuhan. Kepekaan yang terlatih setiap hari ini membuatnya lebih mahir saat bercinta.

Tak egois
Sebahagian lelaki menberi tumpuan pada dirinya sendiri. Alih-alih memberikan perhatian pada anda, meskipun ketika itu ia sibuk membicarakan apa yang terjadi pada dirinya sepanjang hari, atau aktiviti apa yang ingin dilakukannya.
videoLelaki yang mengedepankan anda daripada kepentingan dirinya, menandakan perhatian besar yang ditujukan untuk pasangan bukan dirinya. Baginya kebahagiaan anda menjadi keutamaan. Kebiasaan seperti ini juga terbawa apabila anda bercinta dengannya. Dia tak egois hanya memikirkan diri sendiri, namun lebih ingin membahagiakan anda termasuk di tempat tidur.

Sabar
Lelaki yang mahu mengenali anda lebih dekat, menjalani pelbagai aktiviti bersama dalam rangka saling memahami keperibadian menunjukkan kesabarannya dalam membina hubungan. Sekaligus juga menunjukkan minat terhadap anda dan keinginannya untuk membina hubungan jangka panjang. Lelaki jenis ini bersedia menunggu kesediaan anda, termasuk saat bercinta. Ia takkan memaksakan kehendaknya kepada anda.

Membuat anda lebih percaya diri
Si dia tak segan memberikan pujian atau mendedahkan sokongannya terhadap anda. Caranya memandang dan melayan anda, membuat anda merasa bijak, seksi dan menarik. Perlakuan lelaki yang membuat pasangannya merasa istimewa dan menambah kepercayaan diri anda setiap hari, menjadi tanda bahawa si dia juga mampu membuat anda merasa hebat dalam beraksi di atas ranjang. Dengan kata lain, lelaki jenis ini mempunyai kemampuan yang lebih dalam bercinta.

Anonymous

Tuesday, August 14, 2012

Hadi Berbohong, Dusta Untuk Lepaskan Leher Sendiri!

Selepas lebih satu dekad peluk pemimpin DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih tidak mampu memujuk dua pemimpin parti itu menerima Hudud dan Perlembagaan Islam. Tiba-tiba Hadi mengatakan DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Kata Hadi dengan sinis: “… penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam…Umno yang hampir kesemua ahlinya beragama Islam, pun juga sudah lama menolak hudud."

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, Hadi membuat pendustaan besar dengan mengatakan UMNO menolak Hudud.

Menyokong kenyataannya, “Umno menentang hudud dalam keadaan dia (Umno) ada kuasa (membenarkan atau tidak hudud dilaksanakan). DAP tidak ada kuasa dan yang ada kuasa adalah Barisan Nasional (BN). (Dengan kuasa yang ada padanya) Kerajaan Pusat pernah hantar surat kepada Kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksanakan hudud, Kerajaan Pusat akan bertindak.

” Hadi marahkan media kerana gembar-gemburkan isu penolakan hudud oleh DAP selain kesal kerana gembar-gembur seperti ini sekali gus memberikan gambaran buruk terhadap Islam sendiri. Kenyataannya ialah UMNO tidak menolak hudud sebagai sesuatu yang dituntut Islam tetapi UMNO bercakap dalam konteks pelaksanaannya.

Malah, PAS sendiri pun terkapai-kapai dalam mencari cara sesuai melaksanakannya. Meluluskan undang-undang tidak sama dengan pelaksanannnya. Maksudnya ialah mesti ada tata cara dan kesesuaian kepada umat Islam dan bukan Islam dalam pelaksanakannya.

Kita akui bukan DAP sahaja yang bimbang, malah beberapa pemimpin MCA juga bimbang. Namun bagi UMNO, cara pelaksanaan hokum dan peraturan Islam tidak boleh dipaksa dengan kasar. PAS, khususnya Hadi dan pemimpin lain seperti tidak mahu terima hakikat bahawa sejak diperkenalkan Penerapan Islam, kedudukan agama Islam dan institusi Islam di negara ini begitu kukuh.

Kita ambil tiga institusi yang diterima baik oleh bukan Islam dan tiada penentangan pun daripada kafir harbi atau kafir zimin di Malaysia terhadap Universiti Islam Antarabangsa, dasar kewangan Islam, termasuk Bank Islam serta juga takaful Islam.

Tetapi PAS pernah memperkecil dan mempersenda Bank Islam! Begitu juga dengan perkara Islam lain, termasuk kepenggunaan Islam, penekanan kepada produk makanan halal, persatuan pengguna Islam, pertubuhan peguam Islam, mahkamah syariah dan sebagainya.

Malah kita lihat sahaja bagaimana sistem zakat dan pentadbirannya dipertingkatkan selain Tabung Haji dan beberapa institusi lain turut diperkembangkangkan. Apakah itu sumbangan PAS.

Apakah semua itu produk PAS? Berikan satu contoh hasil usaha PAS Kelantan, PAS Terengganu atau PAS Kedah dalam konteks undang-undang Islam dan institusi Islam peringkat negeri yang mereka laksanakan. Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu? Ia produk yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat, iaitu kerajaan Barisan Nasional, bukan kerajaan PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun atau kerajaan Terengganu pimpinan Hadi sendiri di Terengganu antara 1999 dan 2004.

Berbanding apa yang dilakukan oleh PAS mengenai Hudud kononnya cuba menerangkan kepada bukanIslam, kejayaan BN untuk memperkenalkan produk Islam serta penerimaan mereka terhadap Dasar Penerapan Islam oleh MCA serta komponen lain dalam BN adalah ‘jauh langit daripada bumi’ berbanding apa yang dilakukan oleh PAS. Kesederhanaan BN dalam memperjuangkan Islam amat nyata lebih berkesan berbanding PAS walaupun Hadi mengatakan “Orang bukan Islam, dia tidak tahu, jadi tanggungjawab kita untuk terang pada dia.

" Hadi ternyata berbohong apabila mengatakan ‘sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Islam menerangkan kepada bukan Islam mengenai hudud dan aspek keadilan sosial dalam agama suci itu namun kerajaan yang ditunjangi Umno sebaliknya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat ALLAH.’

Apakah kerajaan BN tidak menunjukkan Islam adil kepada semua orang? Apakah Umno tidak menunjukkan contoh yang baik dan sering memberikan gambaran buruk mengenai Islam dalam menyatakan penolakannya terhadap perjuangan Pas.

Dengan menuding jari kepada UMNO dan BN, Hadi cuba menyorok kelemahan beliau dan pemimpin PAS lain yang ternyata gagal memujuk DAP menerima Hudud dan Perlembagaan Islam. Jika benar PAS istiqamah kenapakah membiarkan Buku Jingga tidak memasukkan Hudud?

UMNO dan BN tidak berpura-pura dan istiqamah dalam memperjuangkan Islam kerana ramai pemimpin dan penyokong PAS mendapat pendidikan Islam hasil jasa kerajaan BN yang bukan sahaja menyediakan kemudahan mempelajari Islam di negara ini tetapi juga menghantar pelajar ke luar negara.

Dasar berbaik-baik dan kerjasama melalui Pertubuhan Islam (OIC) membolehkan Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara Islam terkemuka dunia dan ini membuka peluang seluas-luasnya untuk pelajar kita belajar di universiti Islam terkemuka dunia selepas negara-negera berkenaan menerima UIA kita. Apakah ini bukan sesuatu yang wajar diiktiraf sebagai salah satu jasa dan kejayaan UMNO dan BN dalam memperkembangkan syiar Islam di seluruh dunia? Bercakap dan melaksanakan syiar Islam dua perkara yang jauh berbeza. PAS dan Hadi hanya mampu bercakap tetapi UMNO dan BN kurang bercakap tetapi melaksanakannya.

Jadi bohonglah Hadi jika menuduh UMNO dan BN tidak melaksanakan Islam hanya kerana tidak melaksanakan Hudud, sedangkan PAS tidak melaksanakan apa-apa dan isu Hudud pun tidak mampu diselesaikan melalui pujukan atau rundingan dengan DAP. Jangan kegagalan sendiri diletakkan di bahu orang lain dan lebih buruk menuduh dan mencerca orang lain kononnya tidak melaksanakan Islam sedangkan ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu, PAS tidak memperkenalkan satu pun dasar Islam walau hanya di peringkat negeri.

Sumber : http://hambali1.blogspot.com

Monday, August 13, 2012

Fakta Penting Soal Wanita & Orgasma

WANITA dikenal sering memalsukan orgasma. Namun, di luar itu ada banyak fakta yang belum terungkap berkaitan orgasma tersebut.

Orgasma merupakan titik puncak yang ditunggu-tunggu saat bercinta. Sayangnya, wanita sering kesulitan mencapai titik ini.

Ketahui fakta-fakta soal wanita dan orgasma berikut ini, seperti dipaparkan oleh Times of India.

Mitos 1: Umumnya wanita dapat mencapai orgasme hanya melalui hubungan seksual.
Fakta: Salah satu daripada tiga wanita mendapatkan orgasma secara teratur selama hubungan seksual. Beberapa di antaranya dapat mencapai orgasme dengan melakukan hubungan seksual, tetapi memerlukan tindakan tambahan untuk membangkitkannya. Kajian terbaru menunjukkan, bahawa orgasma adalah klimaks seksual di mana sesiapa boleh mendapatkannya. Bagaimana seorang wanita mencapai orgasma, tidak ada hubungannya dengan kesihatan mental atau kedewasaan emosional.

Mitos 2: Kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mencapai orgasma, bererti ada sesuatu yang salah dengan wanita atau pasangannya.
Fakta: Wanita yang mampu klimaks di masa lalu, tetapi tidak boleh melakukannya kembali, kemungkinan mempunyai beberapa masalah perubatan atau kerana adanya kesan dari ubat-ubatan. Wanita yang tidak pernah mencapai puncak kenikmatan seks, akan menyedari tentang apa yang mereka perlukan untuk dapat mencapai orgasma.

Mitos 3: Klitoris atau stimulasi G-spot selama lima minit dapat menghasilkan orgasma.
Fakta: Walaupun ada banyak cara yang boleh membantu wanita mencapai klimaks seksual, pada akhirnya wanitalah yang dapat menciptakan kenikmatannya sendiri. Selain itu, jagalah komunikasi dengan pasangan sebaik mungkin agar keintiman dapat terjalin lancar.

Mitos 4: Beberapa wanita tidak mampu mencapai orgasma.
Fakta: Sekitar 10 peratus wanita memiliki ketidakmampuan mencapai puncak kenikmatan seks selama hubungan seksual. Kegagalan untuk mencapai orgasma dikenali sebagai anorgasmia di mana terdapat jenis primer atau sekunder. Anorgasmia primer adalah tahap di mana seorang wanita tidak pernah mampu mencapai puncak kenikmatan seks dengan cara apapun. Anorgasmia sekunder adalah orgasma dirasakan di beberapa titik di masa lalu atau situasional (orgasma dapat dirasakan di tempat-tempat intim tertentu, tetapi tidak yang lain, misalnya, berjaya inzal dengan cumbuan tapi tidak dengan melakukan hubungan seksual).

Friday, August 10, 2012

Jihad Seorang Muslim Di Era Globalisasi

Menjadi seorang Muslim seakan-akan sudah sinonim dengan menjadi seseorang yang diajukan pelbagai soalan pedas, sentiasa dalam situasi tegang, ketidakpercayaan, dan juga konflik.
Perkara ini telah menjadi satu fenomena global yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada hubungan antara komuniti, termasuklah retorik politik dan polisi di peringkat negara, rantau dan juga antarabangsa.

Hari-hari kita tidak akan berlalu tanpa ‘isu berkaitan muslim’ menjadi perhatian, sama ada melalui kontroversi di peringkat lokal, konflik serantau, atau debat nasional, juga melalui keganasan, ekstremisme atau literalisme, atau mungkin juga melalui kebangkitan parti-parti politik Islam di Tunisia, Maghribi dan Mesir (yang bertahun lamanya selepas kemenangan pilihanraya di Palestin).

Islam, tanpa mengira fahaman ekstremisme, literalisme atau pun politik, telah menjadi satu isu; maklumat yang tersebar luas di era globalisasi mencipta satu kelompok pemikiran sedunia yang penuh dengan kecurigaan, ketidakpercayaan dan mungkin juga stigma, sambil mencetuskan reaksi defensif dari Muslim yang berlegar dari perasaan menjadi mangsa hinggalah kepada keagresifan yang tidak terkawal.

Pendek kata, sekarang adalah masa yang amat sukar untuk menjadi seorang Muslim, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada di peringkat lokal mahupun global.

Kekeliruan telah tersebar dengan meluas. Semuanya dilihat seperti berkait rapat, segala kucar-kacir telah dicampuradukkan di dalam arus liputan media yang amat mustahil untuk dianalisa dan ditafsirkan.

FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) akhirnya menerima pemakaian tudung, tetapi Perancis masih tetap menolak idea tersebut. Demonstrasi jalanan terhadap undang-undang Syari’ah berlaku di London, protes terhadap aplikasi undang-undang Syari’ah pula berlaku di US. Empat ahli majlis perbandaran Perancis dipecat, dan kemudian dilantik kembali, hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadhan.

Di Belanda, Muslim berhadapan dengan fitnah yang nyata. Semuanya diperbesarkan melalui liputan media masa nyata dan juga internet, sama halnya dengan kebangkitan politik Islam dan kebangkitan Arab, perang saudara yang mengganas di Syria, persoalan Israel dan Palestin, ketegangan antara Syi’ah dan Ahlus Sunnah, insiden meruntuhkan makam di utara Mali oleh golongan Salafi literalis, dan juga kebangkitan suara-suara yang mendesak aplikasi undang-undang Syari’ah yang lebih ketat di Pakistan, Malaysia dan sesetengah negara monarki.

Media juga tidak terlepas pandang isu penindasan terhadap Muslim di China, dan sekarang, di Myanmar, dan juga ketegangan antara agama di merata tempat di negara-negara Afrika dan Asia.

Situasi yang melanda masyarakat sedunia ini membuatkan isu berkaitan Islam ini timbul di serata tempat: ia muncul dalam persoalan utama kewujudan agama-agama, juga dalam hubungan ketamadunan, dalam isu sekularisasi, dalam pemilihan ideologi dan model bagi struktur negara, dalam hubungan antara budaya dan globalisasi, dalam isu masyarkat bertamadun dan masa hadapannya, dan dalam isu status wanita dan rakyat.

Kita tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan isu berkaitan Islam: setiap manusia yang bertanggungjawab kini berhadapan dengan persoalan-persoalan berkaitan Islam dan mereka tentunya akan menilai fakta-fakta yang ada, membuat kesimpulan dan seterusnya mengambil pendirian berkenaan persoalan-persoalan tersebut.

Pelobi-pelobi yang berkuasa dan pihak yang berkepentingan memperloleh kelebihan yang banyak dengan mengekalkan tekanan ideologi dan media yang sedia ada, dengan niat yang jelas untuk menukarkan Islam kepada ancaman dan Muslim kepada entiti yang tidak jelas dan berbahaya.

Cubalah imbas kembali kata-kata David Yerushalmi (pengasas kempen anti-Syari’ah di US) “Walaupun cubaan untuk meluluskan penggubalan undang-undang anti-Syari’ah gagal, perkara yang lebih penting adalah untuk menimbulkan desas-desus berkenaan perkara ini, seterusnya menuai hasil kontroversi dan meyakinkan rakyat kebanyakan bahawa Islam adalah ancaman kepada mereka.”

Kegagalan teruk kempen anti-Islam mungkin dilihat sebagai kejayaan besar disebabkan hebohan yang ia cipta. Logik yang sama digunapakai oleh populis di banyak negara; media yang beroperasi dengan sistem yang sama digunakan dalam membuat liputan di negara yang majoritinya Muslim.

Kebanyakan media Barat mengunci mulut mereka serapat-rapatnya berkenaan pemerintahan diktator Zine Al Abidine bin Ali ataupun Hosni Mubarak, dan ini dengan cepatnya memberi sokongan kepada penggunaan sistem demokrasi yang mula mengambil tempat melalui sensitiviti terhadap isu wanita, homoseksual dan minoriti agama dalam rejim penggantinya.

Isu tentang diktator inilah sebenarnya antara yang isu yang tidak pernah dibincangkan, dan ia hanya dibisikkan sesama sekutu sendiri di Teluk. Dan sebenarnya, liputan media yang mempunyai ideologi tersendiri dan pengubahan maklumat adalah antara isu yang makin disedari rakyat.

Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah satu ‘konspirasi global’ terhadap Islam dan terhadap Muslim, seperti sesetengah dari kita bayangkan. Sudah pasti, golongan yang berkepentingan menyebarkan ideologi tersendiri sudah tentunya wujud; tetapi ia adalah sama pasti bahawa mesin media dan reaksi politik yang diprovokasinya telah membentuk satu kitaran yang ganas.

Kontroversi memarakkan sifat ingin tahu masyarakat awam, yang kemudiannya membekalkan strategi kepada pihak populis, yang akhirnya akan memacu strategi pilihanraya jangka pendek: media kemudiannya akan meneruskan rentak tarian mereka di hadapan kumpulan yang akan terus setia menontonnya.

Dalam era berteknologi tinggi ini, dengan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan persaingan global, Islam sebenarnya sangat bertuah. Tidak syak lagi: Islam membuat keuntungan, keuntungan yang sangat banyak. Terperangkap antara idea manipulasi dan logik para kapitalis, Islam – dan besertanya nasib Muslim – akan mendapati diri mereka sebenarnya dalam dinamik yang negatif, bukannya tertindas.

Bagaimana kita mahu membebaskan diri kita dari dinamik yang negatif ini? Bagaimana, yang lebih penting, untuk kita keluar dari pemikiran seorang mangsa, yang melanda kita setiap kali media dan tsunami politik menukar Islam kepada sebuah ancaman global, yang akan memusnahkan semua perkara yang berada dalam laluannya?

Paradoksnya, di waktu Islam dalam dinamik yang sangat negatif, keadaan sukar ini sebenarnya mengandungi banyak elemen yang diperlukan untuk mengatasi dan melangkah lebih jauh dari masalah tersebut.

Bila orang ramai bertanya tentang Islam dan Muslim – selalunya dalam keadaan tidak tahu, Muslim sebenarnya dihadiahkan peluang yang terbaik untuk menjelaskan, mendidik, dan berdialog dengan mereka.

Jika ketaranya mereka terhadap pandangan sedunia dilihat sebagai satu masalah kerana kod pakaian, nama dan warna kulit, maka penyelesaian untuk masalah ini tidak kurang ketaranya.

Era moden telah memanggil Muslim untuk berjuang dalam skop jihad yang global, yakni dalam ilmu pengetahuan, dalam pendidikan, dalam dialog, dalam komunikasi dan dalam ketahanan diri.

Ia adalah jihad yang tenang, yang mendamaikan, yang tidak ganas; bagi mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Titik permulaan kita adalah kefahaman tentang diri sendiri, dan kritikan terhadap diri sendiri yang dapat menjauhkan kita dari penipuan fahaman yang ekstrem dan pencambukan terhadap diri sendiri.

Hati nurani seorang Muslim mestliah bangkit, ia mestilah dapat membezakan apa yang Islam dan apa yang tidak (dengan mengambil kira isu kepelbagaian dan pluralism), dan untuk mengecam hipokrasi dalam kedua-dua aspek kendiri ataupun ideologi populis.

Hati nurani yang terbuka akan mampu menerima persoalan-persoalan yang munasabah dari majoriti yang mencari kefahaman, dan hati nurani yang berani akan mampu menghadapi isu perkauman minoriti yang menipu, mendustakan dan memanipulasikan.

Komitmen kita mestilah bersifat individu, tempatan, nasional dan sedunia. Dinamik hari ini yang membuatkan Islam menjadi satu masalah juga telah menukarkan Islam kepada pelbagai persoalan: dan kini ia adalah tanggungjawab keseluruhan umat Islam leaki dan perempuan untuk mara ke hadapan dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan.

Tariq Ramadan adalah ahli akademik Switzerland dan profesor dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Oxford. Dia juga mengetuai Pusat Penyelidikan Penggubalan Undang-Undang Islam dan Etika yang berpusat di Qatar.

Thursday, August 9, 2012

Mitos Kesamarataan Hak di Singapura

Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.

Allahyarham Pak Zubir Said, pencipta lagu rasmi `Majulah Singapura'. Pada tahun 90-an, terdapat desakan agar lirik lagu ini diubah daripada Bahasa Melayu ke bahsa rasmi yang lain.

Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.

Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain. Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’. Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.

Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :

1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut. Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi. Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.
              Seorang tentera Singapura secara terbuka menyokong Israel di Facebook-nya

2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.

3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.

Seorang ahli PAP, Jason Neo, memuat naik gambar kanak-kanak tadika Melayu-Islam di Facebook-nya dengan ayat "Bus filled with young ter**rist trainees"

4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991. Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).

Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura. Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.

Fandi Ahmad, pemain lagenda Bola sepak Singapura menjulang Piala Malaysia pada tahun 1994

Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti ‘Malaysian First, Malay Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua. Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.

Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini. Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek Rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.

 Sumber : ibnurusydi.blogspot.com

Wednesday, August 8, 2012

Lelaki Seperti Ini Paling Dicintai Wanita

SEMUA wanita ingin mempunyai pasangan yang boleh dipercayai. Selain jujur, mereka juga menaruh harapan mempunyai kekasih yang boleh melindungi dirinya dari hal-hal buruk yang tidak diingini.

Wanita memang makluk yang lemah dan perlu perlindungan dari seorang lelaki. Oleh kerana itu, ada beberapa sosok lelaki yang diinginkan wanita untuk boleh melindungi mereka. Berikut ini beberapa jenis lelaki yang diperlukan wanita, seperti disingkap oleh Times of India.

Mr charmer- Lelaki ini merupakan jenis yang baik di mata wanita. Mereka dapat menjadi teman bagi anda dan akan merasa bahagia, meski terjadi banyak hal dalam kehidupan anda. Bahagian terbaik dari sosok lelaki ini iaitu mengenai pergaulannya yang dapat memberikan tenaga positif untuk anda.

Mr frankness- Kebanyakan wanita ingin kejujuran satu sama lain, mereka tidak mahu adanya pergaduhan dalam sebuah hubungan. Tapi lelaki dapat sering terlepas dari sebuah kebohongan yang mereka buat dan meninggalkannya tanpa membuat wanita merasa tersinggung. Kebanyakan wanita menggali otak lelaki untuk mengetahui apa yang diinginkan, oleh kerana itu wanita lebih mencari lelaki yang bersikap terbuka, tanpa ada kebohongan. Wanita lebih menyukai kejujuran daripada kebohongan, sehingga mereka merasa dikhianati.
Mr geeky- Tidak semua wanita menyukai lelaki yang tampan ataupun bergaya. Tapi, jenis lelaki culun dapat menarik perhatian mereka dengan kepintaran yang dimilikinya. Meski dalam berkomunikasi sering kali canggung, namun dia mempunyai kelebihan khusus di bidang yang digemarinya.
video

Mr platonis guy- Lelaki dapat membina sebuah persahabatan yang hebat. Jika tidak ada agenda tersembunyi, seorang lelaki dan wanita dapat berkongsi hubungan yang kuat dan asli. Wanita menginginkan sosok lelaki seperti ini kerana boleh membawanya menjadi peribadi yang lembut.

Mr adventure- Dengan dia, anda tidak akan pernah bosan. Lelaki ini akan mendorong anda keluar dari zon keselesaan dan menunjukkan kesempatan untuk berani melakukan hal yang di luar kebiasaan. Wanita memerlukan individu seperti ini untuk membina adrenalin agar dirinya berkembang.

Malaysia negara ke-51 paling gembira di dunia

Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji selidik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.

Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.

Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.

Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Burma (72) dan Indonesia di ranking ke-83.

Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.

"Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan," menurut laporan itu.

Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil merupakan faktor penting, kata laporan itu.

Amerika Syarikat, negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106.

Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat.

- Bernama

Tuesday, August 7, 2012

Malaysia 10 Negara Malas

LONDON 5 Ogos - Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.

Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

           Senarai 10 Negara Paling Malas Di Dunia
          1. Malta                                       71.9% tidak aktif
          2. Swaziland                                 69.0% tidak aktif
          3. Arab Saudi                               68.8% tidak aktif
          4. Serbia                                      68.3% tidak aktif
          5. Argentina                                 68.3% tidak aktif
          6. Micronesia                               66.3% tidak aktif
          7. Kuwait                                     64.5% tidak aktif
          8. Britain                                     63.3% tidak aktif
          9. Emiriyah Arab Bersatu (UEA)     62.5% tidak aktif
        10. Malaysia                                  61.4% tidak aktif

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.

Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan. - AGENSI

Monday, August 6, 2012

Puaskanlah Hasrat Suami Anda

Kepuasan seksual merupakan hal yang paling anda cari saat hubungan intim berlangsung. Kepuasan seks tak ubah seperti puncak ghairah yang diidamkan oleh kalangan lelaki mahupun perempuan. Namun, kepuasan seksual umumnya selalu dikaitkan dengan lelaki. Dalam erti, lelaki merupakan kunci dari kepuasan seks saat aktiviti itu terjadi.

Kalangan perempuan banyak yang menganggap bahawa lelaki harus memuaskan perempuan dalam hubungan seks. Bahkan, di kalangan lelaki sekalipun mempunyai anggapan, bahawa jika lelaki tak memuaskan ghairah perempuan, maka ia dianggap gagal dalam hubungan seks.

Kepuasan seks memang penting, namun kepuasan seks tak hanya perlu diusahakan oleh lelaki. Kalangan perempuan juga harus boleh memuaskan lelaki dalam hal seks.

Selama ini, banyak perempuan yang menganggap bahawa lelaki harus memberi mereka kepuasan seks. Sedangkan perempuan hanya menerima saja. Ini sebuah anggapan yang keliru.

Alangkah baiknya, jika perempuan juga pandai memuaskan lelaki di ranjang. Dengan kata lain, perempuan harus boleh melayani lelaki hingga ia berpuas hati.

Lelaki yang tak boleh memuaskan perempuan dalam hubungan seks memang suatu hal yang buruk. Namun jika hanya sesekali saja terjadi tentunya masih dianggap wajar. Kecuali bila di setiap hubungan seks, lelaki tak pernah memuaskan perempuannya.

Meski begitupun, hal ini tak hanya untuk lelaki saja, tapi kalangan perempuan juga harus pintar melayani pasangannya di ranjang. Ambil tahu mengenai kesenangan atau kesukaan seksual lelaki anda di ranjang.
   
Laki-laki tentunya juga mempunyai hak untuk dipuaskan dan mendapat kesenangan dari pasangan perempuannya. Untuk itulah, perempuan juga dituntut untuk memahami hal apa saja yang diinginkan dan boleh memuaskan ghairah pasangan lelakinya.

Intinya, perempuan harus pandai soal teknik dalam bercinta. Jangan hanya pasrah menerima rangsangan saja, ini tidak dapat dikatakan baik dalam kualiti hubungan seksual.

Anonymous

Sunday, August 5, 2012

Bersatu Tegakkan Hukum Allah

Terbaharu, Ketua Pemuda Pas mengeluarkan kenyataan, Pas tetap mahukan hukum hudud dilaksanakan. Orang Islam yang menolaknya boleh menjadi kafir. Tidak semena-mena pengerusi parti ultra kiasu mengulangi pendirian tegas mereka, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud atau mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam, akan ditentang kerana bercanggah dengan apa yang diputuskan di Muktamar Pas Ke-57 tahun lepas, dalam usaha menawan Putrajaya.

Pas sebelum ini pernah menyebut bahawa perkataan negara Islam tidak ada dalam al-Quran, melainkan negara kebajikan. Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama pakatan pembangkang, Buku Jingga. "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan", ujar ultra kiasu.

Kenyataan ultra kiasu ini benar-benar mencabar maruah Islam. Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu langsung tidak menghormati tuntutan agama Islam dalam sebuah negara 'bertuankan' ketuanan Islam (Melayu).

Sikap anti Islam ultra kiasu telah wujud sejak dahulu lagi. Sudah berkali-kali ultra kiasu atau kafir harbi menolak konsep negara Islam dan undang-undang Islam. Namun, kita terus bersangka baik atas kepentingan politik. Pas mendakwa mereka perlu berkawan dan bersekongkol dengan ultra kiasu bagi tujuan dakwah dan menumbangkan UMNO. Pas yakin suatu hari nanti ultra kiasu akan menerima hukum Islam. Pas menuduh UMNO gagal untuk menyampaikan mesej Islam ini.

Jika begitulah hujahnya, persahabatan Pas dengan ultra kiasu agak lama juga. Namun, semakin lama berkawan dan berdakwah kepada ultra kiasu, semakin kuat ultra kiasu menentang Islam. Mungkin alasan Pas selepas ini, mereka masih baharu berkawan dengan ultra kiasu, hasilnya belum nampak, berbanding UMNO yang telah sekian lama berkawan dengan komponen Barisan Nasional (BN) melebihi 50 tahun.

Lama atau baharu bukanlah ukuran untuk mendakwahi seseorang. Tepuk dada tanya iman, adakah kita ikhlas dalam memartabatkan Islam atau kita asyik berpolitik tidak pernah habis? Almarhum Tunku Abdul Rahman tidaklah lama pemerintahannya, tetapi ada juga tokoh-tokoh besar yang memeluk Islam. Jika Tunku ada keinginan melaksanakan hudud, mungkin hukum ini sudah tertegak. Kenapa hari ini terlalu sukar untuk kita mengikuti jejak Tunku? Jawapannya mudah. Kita tidak ikhlas, kita ada agenda lain. Sebab itulah, ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap Islam.

Pas begitu cepat melatah dengan desakan ultra kiasu. Naib Presiden Pas terpaksa memberi respon dengan berkata bahawa Pas sentiasa "bersetuju untuk tidak bersetuju" dengan DAP berkenaan isu hudud. Perbezaan ini tidak dapat dielakkan. Namun, masih terdapat persamaan seperti mahu membanteras rasuah, menuntut keadilan dan hak asasi manusia. Apa yang penting bagi Pas dan DAP adalah kedua-duanya saling memahami dengan proses demokrasi. Persoalan saya, ke manakah hendak dicampakkan agenda hudud?

Saturday, August 4, 2012

Britain Cipta Helikopter Perang Terkecil

LONDON 3 Ogos - Sebuah helikopter sebesar tapak tangan dan seberat 198 gram bakal menjadi senjata terbaru yang akan digunakan oleh tentera Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat untuk menentang militan Taliban.

Ketua-ketua tentera percaya, drone perisikan berharga 20,000 pound (RM97,249) itu yang dikenali sebagai SQ-4 Recon dan merupakan kenderaan udara tanpa juruterbang terkecil di dunia, akan dapat menyelamatkan nyawa tentera AS sekutunya di Afghanistan.

SQ-4 Recon sebenarnya pesawat versi kecil Little Nellie, autogiro yang diterbangkan oleh James Bond dalam filem You Only Live Twice.

Helikopter atau 'nanodrone' itu memiliki dua kamera yang membolehkan tentera melihat keadaan di sebalik bukit atau di dalam kubu musuh tanpa risiko terbunuh atau cedera.

Ia boleh dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh oleh tentera yang duduk di sebuah bilik kawalan yang terletak beribu-ribu batu jauhnya atau oleh tentera peronda dengan menggunakan komputer tablet tujuh inci.

Dengan ukuran sembilan inci diameter, helikopter itu boleh terbang dan berada di udara selama 30 minit dan enjinnya boleh dimatikan dan bertenggek seperti burung di tingkap bangunan tanpa disedari ssiapa sambil merakam sebarang aktiviti selama lebih lapan jam.

Kameranya pula boleh menghantar imej secara langsung atau mengambil gambar atau video yang boleh merakam pada waktu malam dan siang.

Ini bermakna tentera boleh menjalankan misi tinjauan tanpa menghadapi sebarang risiko diserbu atau terkena jerangkap samar.

SQ-4 direka oleh BCB International and Middlesex University's Autonomous Systems Laboratory yang beribu pejabat di Cardiff, Britain dan sedang diuji oleh tentera AS.

Pengarah urusan BCB International, Andrew Howell berkata, teknologi terbaru itu menawarkan kaedah pertempuran moden dan keupayaan melakukan intipan tanpa membahayakan diri. - AGENSI

Top 10 Organisasi Mafia Sedunia


10 . Jamaican - British Yardies 
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan immigran dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan jenayah berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan dadah dan berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kumpulan mafia ini jarang terlibat dalam pertembungan kuasa  dengan pihak berwajib dan undang undang menajadikan Yardies dianggap kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Mereka menggunakan senjata api dalam setiap jenayahnya, yang merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.
9. Mafia Albania
Mafia Albania adalah terdiri dari kumpulan organisasi jenayah yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga dilaporkan aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan juga bahawa Albanian Mafia telah melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan perdagangan dadah dan industri seks. Mereka dikenali mudah untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.
8. Mafia Serbia 
The Serbian Mafia dikatakan beroperasi di lebih dari 10 buah  negara, termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan, jaringan perlindungan, perjudian, dan kecurian informasi. Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan meguasai dan memimpin kumpulan kumpulan yang lebih kecil. Dipercayai 30-40% anggota kumpulan mafia ini tinggal di Serbia.
7. Mafia Yahudi
Mereka telah beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan pembunuhan. Kumpulan telah memasuki dan berakar umbi ke dalam seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.


6. Mexican Mafia
Kumpulan Mafia dari Mexico ini merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 anggota kumpulan di luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut. Mereka juga memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang perlindungan, barangsiapa yang menolak selalunya akan dibunuh.
5. Yakuza
Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah terancang yang berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organisasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang dipotong merupakan tanda penerimaan keanggotaan organisasi ini. Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang asing.
4. Kongsi Gelap - Triads
Kumpulan kongsi gelap ( Triads) terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China. Pernah tengok cerita Young And Dangerous lakonan Cheng E Kin ? Di persembahkan dalam 6 siri dan merupakan antara yang terbaik utnuk menggambarkan keadaan kongsi gelap samada perniagaannya, aktiviti harian dan perhubungan antara ahli dan antara kumpulan.
3. Kartel Dadah Colombia
Kumpulan subversif ini ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan dan aktiviti pengganas.
2. Cosa Nostra - Mafia Sicily 
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi. Cerita tentang kumpulan ini telah banyak yang difilemkan dan antara yang meninggalkan kesan ialah siri The Godfather.
  
1. Mafia Russia 
Mendahului senarai sebagai organisasi subversif, berpengaruh dan terancang serta mempunyai keahlian yang sangat ramai adalah kumpulan mafia yang bertapak di Russia. Russian Mafia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internet dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa". Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya. 

Sumber : Malaysiaria