Wednesday, October 5, 2011

Isyarat Ini Pertanda Anda Egois Di Ranjang

APAKAH anda merasa selalu memikirkan kepuasan sendiri di ranjang? Mungkin saja anda memang egois berbanding pasangan. Untuk mengetahui, ini dia beberapa isyarat yang boleh jadi penandanya.

Soal agenda bercinta, bererti membicarakan kepuasan dua belah pihak. Kerananya, diperlukan kerja sama dan sinergi agar anda berdua dapat mencari kenikmatan yang sama.

Meskipun begitu, masing-masing pasangan, tak terkecuali anda kerap lebih egois dengan memikirkan kenikmatan sendiri.

Apakah anda termasuk orang yang mementingkan diri ketika di ranjang? Tandakan sahaja dengan perlakuan-perlakuan seperti dibawah ini...

Tidak pernah memulakan saat bercinta
Entah kerana alasan malas atau yang lain, namun membuat langkah pertama bagi wanita sebenarnya sah-sah saja kerana lelaki pun ingin merasakan dikendalikan oleh pasangannya.

Tidak tertarik dengan apa yang dia nikmati
Bila anda merasa bersemangat ketika dia melakukan sesi bercinta, ertinya anda menghargainya. Sebaliknya apabila anda tidak menikmatinya, ertinya anda melukai perasaannya. Ingat, kenikmatan seksual adalah urusan dua belah pihak.
Aksi yang anda lakukan hanya untuk keuntungan peribadi
Apakah semua gerakan dan aksi yang anda lakukan semata-mata hanya untuk kepuasan sendiri? Jika ya, ertinya anda seorang yang mementingkan diri kerana hanya mementingkan kenikmatan seorang diri dan tidak mempedulikan pasangan.

Biarkan pasangan melakukan semua tanggung jawab
Jangan berharap bahawa dia yang akan melakukan semuanya, sementara anda berbaring dan menikmati dengan indah. Kerja sama dan sinergi sangat diperlukan untuk mencipta kenikmatan maksimum bagi anda berdua.

Mengabaikan keinginannya
Jika semua permintaannya diabaikan begitu saja, anda tidak memikirkan kepuasannya. Padahal, selama permintaannya boleh anda penuhi, tentu tak ada salahnya memberikan kepuasan untuknya. Nah, semuanya bertujuan untuk kenikmatan bersama, bukan?.

Anonymous

No comments:

Post a Comment