Monday, June 20, 2011

Oral Sex....!

DILARANG BERJIMAK MENERUSI MULUT ( ORAL SEX )
Perjimakan, persetubuhan ataupun hubungan seks ialah perjimakan yang terjalin antara lelaki dan perempuan dengan menggunakan zakar lelaki dan faraj wanita. Itu adalah natural. Tapi sejak kebelakangan ini akibat daripada mengejar kesedapan dan keseronokan yang tidak terbatas telah merebak satu teknik pemuasan nafsu seks yang jauh bertentangan dari itu iaitu dengan menggunakan mulut yang disebut “oral seks”. Lelaki dan wanita sama-sama menggunakan mulut mereka untuk menggarap kepuasan seks.

Menurut teknik yang disebar oleh orang-orang Barat ini ( budaya kafir ), sang lelaki menjilat, menghisap dan menguli faraj perempuan dengan lidah dan mulutnya dan giginya dan sebaliknya si perempuan pula menggunakan mulut, lidah dan giginya untuk menjilat, mengulum dan menghisap kemaluan lelaki hingga kedua-duanya keluar mani tanpa persetubuhan yang biasa.

Tujuan mencari kepuasan seks dengan mulut tanpa persetubuhan biasa seperti itu berbeza dengan pasangan yang menggunakan mulut sebagai sebahagaian daripada teknik untuk menambahkan keghairahan sebelum berjimak yang menjadi kegemaran sebahagaian daripada generasi muda hari ini. Sungguh pun dalam Islam tidak disebut dengan jelas tentang perbuatan tersebut, mungkin manusia Islam peringkat permulaannya mempunyai moral yang tinggi, kerana itu mereka tidak berbuat demikian, apa lagi Nabi Muhammad S.A.W dan isteri2nya tidak pernah melihat kemaluan antara satu sama lain. Malah mereka lebih beradab dan bersopan dalam soal seks.

Perbuatan berjimak dengan mulut hingga keluar mani seperti itu adalah bercanggah dengan firman Allah yang bermaksud:-

 “Mereka bertanya kepadamu [ wahai Muhammad], mengenai [hukum] haid. Katakanlah :”Darah haid itu suatu benda yang menjijikkan [ dan mendatangkan mudarat]”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan [ jangan bersetubuh dengan isteri kamu] dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu menghampiri mereka [ untuk bersetubuh ] sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri”. Al-Baqarah : 22

Dengan pemuasan nafsu menerusi mulut seperti itu bererti pelakunya tidak lagi mempunyai disiplin diri dalam memenuhi tuntutan nafsu berahinya kerana mencari kepuasan seks tidak boleh dilakukan secara sembrono, ikut suka hati, kerana segala ketetapan Allah tidak boleh dibelakangi dengan sewenang-wenangnya dalam semua bidang, termasuklah dalam menjalin hubungan seks. Perlakuan sebegitu juga dianggap tidak ada sifat merendah diri, tidak beradab dan tidak ada rasa hormat pada Allah SWT sebab mulut dan lidah adalah untuk memuji Allah bukan untuk perlakuan yang menjijikkan.

Hakikat menjalin hubungan seks bukan sahaja untuk mencari kepuasan jasmani yang rendah itu tapi juga untuk melanjutkan baka dan zuriat umat manusia di muka bumi ini dan ini hanya dapat dicapai menerusi perjimakan yang normal antara lelaki dan perempuan menerusi anggota seks biasa. Kemaluan lelaki adalah untuk faraj wanita dan ini adalah ketentuan dari Allah sejak awal kejadian manusia lagi.

Bayangkanlah apa akan jadi kiranya seluruh generasi manusia yang ada hari ini mencari kepuasan seks dengan mulut? Bagaimana zuriat manusia hendak dilanjutkan? Sudah tentu pada suatu masa nanti dunia ini tidak lagi memiliki makhluk yang bernama manusia sebab mereka tidak lagi melahirkan keturunan kerana mereka suka berjimak dengan mulut tanpa menggunakan zakar dan faraj.

Perlu difahami, tempat air mani lelaki seharusnya ditumpahkan ialah dalam faraj wanita bukan dalam mulut. Mana-mana umat Muhammad yang menidakkan cara perlakuan peradaban seks cara nabi2 adalah tergolong dalam umat Islam jahiliah dan mungkin terkeluar daripada golongan umat Muhammad sebab perlakuan seks rambang ini adalah daripada budaya orang kafir yang ingin melihat umat Muhammad terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Kegemaran wanita menghisap kemaluan lelaki ini mungkin mempunyai pertalian dengan kepercayaan bahawa menghisap dan menelan air mani lelaki boleh dijadikan ubat awet muda, khususnya lelaki yang masih teruna dan baru pertama kali melakukan persetubuhan.
( Petikan daripada Buku berjudul Martabat Jimak tulisan Ustaz Tuan Hj Mohamed Zain Salleh )

MalaysiaRia

No comments:

Post a Comment