Friday, December 17, 2010

Siapa Terbaik Bentuk Kerajaan?

SAYA mengikuti dengan teliti perkembangan politik negara khasnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang menyaksikan landskap politik negara berubah secara luar biasa. Saya dapat melihat dan merasakan keresahan dan kegelisahan rakyat terbanyak kesan perubahan ini.
Berkongsi pengalaman kami di Perak selama 11 bulan di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, keadaan menjadi amat sukar dan rumit.

Kampung yang selamanya aman damai menjadi tegang dan keruh. Penyokong dan pimpinan pakatan menjadi seakan-akan mabuk dan hilang ingatan. Suasana harmoni yang selama ini dinikmati tiba-tiba hilang apabila JKKK ketika itu ingin merampas dan menguasai segalanya.

Kelas-kelas Tabika Kemas, dewan orang ramai, surau dan masjid menjadi semacam simbol kuasa yang mesti dikuasai oleh mereka. Mereka merampas kunci dewan dan surau dan serta-merta membuat pelbagai undang-undang penggunaan yang sebenarnya menyukarkan rakyat.

Hubungan yang selama ini ibarat sebuah kampung satu keluarga tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Mujurlah ia hanya berlangsung selama 11 bulan. Tempoh 11 bulan yang mengajar dan mendidik. Perkara ini saya timbulkan semula kerana keadaan politik yang semakin jelas hari ini.

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini ada hikmahnya. Ia tidak harus hanya dilihat dari sudut perilaku dan tabiat Anwar Ibrahim semata-mata. Lebih jauh daripada itu ia membuktikan bahawa Malaysia tercinta ini juga menjadi perhatian antarabangsa.

Singapura dan Australia dari sudut sejarahnya amat mencemburui Malaysia. Mereka nampaknya sentiasa memerhati dan menilai. Kebimbangan kita ialah minat yang mereka tunjukkan seakan-akan mendapat sokongan dari dalam negara. Mereka menuduh Anwar dan cuba menjatuhkan UMNO/BN melalui ungkapan 'Anwar diperangkap oleh musuh politiknya'.

Apabila Anwar dilihat tidak layak dan UMNO/BN juga dinilai tidak cukup berwibawa, maka siapakah yang dicadangkan atau dilihat terbaik oleh pendedahan tersebut? Inilah persoalannya.

Saya nampak kita tidak mempunyai pilihan sama sekali. Pilihan yang ada ialah memperkuatkan diri kita sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun untuk memperkecilkan kita.

UMNO mesti mengepalai gerakan ini. Kalau dahulu UMNO memimpin usaha mencapai kemerdekaan, kini UMNO wajib mengetuai usaha mempertahankan kedaulatan kita.

UMNO mesti berjiwa besar. UMNO mesti bangkit dengan kuat dan berani. Ini bukan lagi soal merebut jawatan di Cawangan dan Bahagian. Lebih besar daripada itu, UMNO mesti memenangi pilihan raya umum dengan memastikan majoriti 2/3 di Parlimen.

Kerajaan UMNO/BN mesti menjadi kerajaan yang kuat kerana kuat lemahnya UMNO/BN akan memberi makna kepada maruah kita yang cuba dicabar.

Oleh: Kamariah Youb
          Kampung Seberang Karai, Perak

4 comments:

  1. Salam
    Jika tuan berkecenderungan dengan UMNO maka UMNO adalah didalam BN, tanpa BN siapalah UMNO ? Tuan mahu PAS bersendirian tanpa PR ? siapakah PAS untuk menang ?

    Tuan faham agaknya bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memerlukan undi untuk menang ! Jika tuan berkata tuan cenderung kepada PAS mengapa tuan suruh PAS bersendirian ? Adakah ia akan menang tanpa rakan dalam PR ?

    Tuan perlu faham bahawa matlamat memerintah dan mengubah segala-galanya adalah kerana mempunyai suara teramai didalam DUN atau Parlimen, jadi apa relevannya tuan suruh PAS bersendirian ? Itu namanya untuk melingkupkan PAS,Bukankah begitu ?

    Semua orang UMNO tak suka PAS berkawan dengan DAP, Betul ? Tahukah saudara mana lebih jahat diantara DAP dan GERAKAN sehingga ramai orang melayu menjadi korban nyawa ketika 13 May ? Bukankah itu perbuatan GERAKAN kawan sekongkol UMNO sehingga kehari ini ?

    Saya adalah diantara pegawai tentera Malaysia ketika itu dan saya lebih faham dari saudara siapa yang mencetuskan pembunuhan dimasa 13 May, tuan fikirkanlah baik-baik dan belajarlah sirah rasul dengan secukupnya baru tuan faham sistem bai'ah pada zaman sahabat

    ReplyDelete
  2. boto tu pak karamu! hanya sibanggang saja sokong umngok

    ReplyDelete
  3. Kalau umno perintah lagi maka akan cepat pupus orang melayu dan Islam dinegara ini. Orang melayu dan Islam tidak layak dipimpin oleh orang berakhlak 'babi' yang ramai dalam umno.

    ReplyDelete
  4. Jutaan terima kasih diatas komen tuan-tuan.

    ReplyDelete